Intracksee USIM Johan Marhaban di UPNM
- UMMI AIMAN MOHAMAD
- May 31, 2015
- 2 min read

Persembahan marhaban yang menarik dari kumpulan Intracksee USIM.
Sungai Besi- Kumpulan marhaban Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Intracksee dinobatkan juara dalam Pertandingan Marhaban Jemputan UPNM yang berlangsung di Bangunan Lestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 14 April yang lalu.
Kheirouzaman Mohd Wafa salah seorang ahli kumpulan Intracksee berkata, mereka teruja dan gembira kerana berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini. Kemenangan ini merupakan kali kedua bagi kumpulan mereka setelah menjuarai pertandingan marhaban di UPM baru-baru ini.
“ Kami memulakan latihan seminggu sebelum pertandingan berlangsung. Setiap ahli bekerjasama dan menyumbangkan idea-idea kreatif,” katanya lagi.
Johan marhaban telah membawa pulang wang sebanyak RM !000 beserta trofi sempena Pertandingan Marhaban Jemputan UPNM.
Menurut ketua hakim, Leftenan Kolonel Haji Zahimi Zainal Abidin, Penasihat Ketenteraan Naib Canselor UPNM berkata antara syarat utama pertandingan ialah mementingkan keaslian marhaban. Memandangkan respon yang tidak memberangsangkan pihak UPNM telah membuka penyertaan kepada mana-mana kumpulan yang berminat untuk menyertai.
“ Punca kepada kurang penyertaan adalah syarat penyertaan marhaban menekankan kepada keaslian marhaban yang sebenar tanpa mencampur adukkan dengan nasyid kontemporari serta irama-irama yang dicedok daripada pelbagai sumber.
“ Secara keseluruhannya semua kumpulan yang memasuki pertandingan ini menunujukkan mutu yang baik, jelas beliau lagi."
Marhaban wajar diadakan bagi memartabatkan kesenian Islam sekaligus dapat menarik minat orang ramai untuk menceburi seni tradisi Islam.
"Saya berasa teruja dan gembira apabila USIM dinobatkan sebagai Johan pada malam itu," kata salah seorang penonton, Azuwa Jumali dari USIM yang merupakan kali pertama menyaksikan persembahan marhaban di UPNM.
Pertandingan ini diadakan bagi memartabatkan hiburan dan kesenian Islam dan menjadikan marhaban sebagai mekanisme zikrullah untuk merapatkan hubungan dengan Ilahi.
Pertandingan marhaban ini merupakan julung kalinya yang dianjurkan oleh UPNM dan terbuka kepada semua IPTA di sekitar wilayah persekutuan.

Kesungguhan peserta dalam melakukan persembahan marhaban sebagai wakil dari USIM.
Comments