Pengucapan Awam: Transformasi Diri, Mencari Redha Ilahi
- Hasima Hamlan
- Jun 5, 2015
- 2 min read
USIM- Kehidupan seseorang itu akan lebih bermakna jika hidupnya dibawah rahmat Allah serta mendapat keredhaan-Nya. Justeru itu, satu pengucapan awam yang menjadi inisiatif bagi memotivasikan diri mahasiswa dalam mencapai keerdhaan Allah.
Pengucapan awam yang bertajuk “Transformasi Diri, Mencari Redha Ilahi” ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) USIM dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen.
Menurut Prof. Tan Sri Dato’ Zulkifli Abdul Razak, (gambar dibawah) Pemegang Naik Kursi Kepimpinan Islam, Tuan Guru Haji Mohd Yassin Bin Muhammad, siri pengucapan awam ini merupakan satu platform yang dapat berbicara, berdebat serta membuka minda dengan melihat semua aspek yang berkaitan ilmu dan Islam.

“Penubuhan Kursi ini juga menjadi satu platform yang membawa diri kepada satu tahap yang agak tinggi dari segi martabat ilmu melalui perbincangan pengucapan awam yang disampaikan oleh tokoh yang berbeza,” katanya.
Tambah beliau lagi, pengucapan awam kali ini dilihat sedikit berbeza kerana membawakan seorang tokoh wanita berbanding beberapa kali pengajuran pengucapan awam yang lalu.
“Pengucapan awam kali ini disampaikan oleh seorang tokoh wanita kerana dilihat di USIM lebih ramai wanita daripada lelaki dan perlunya kepada satu perbincangan daripada perspektif wanita itu sendiri,“ katanya lagi.
Menurut Prof. Dr. Muhaya ketika pengucapannya, hasil kehidupan seseorang itu bergantung kepada individu itu sendiri.
“Sebagai orang Islam, haruslah bertindak secara positif dan berlandaskan Islam terhadap setiap peristiwa dan perkara yang dilakukan untuk hasil kehidupan yang lebih baik serta mendapat ketenangan dalam kehidupan,” katanya.
Tambahnya lagi ketika pengucapan awam yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3), USIM, untuk mencapai keredhaan Allah, harus bersangka baik kepada-Nya.

“Seseorang makhluk itu perlu memupuk satu sifat yang sangat penting, iaitu bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kerana semuanya datang dari Allah serta bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya,” ulasnya lagi.
Menurut Siti Aminah BInti Mohammed, salah seorang peserta progra
m ini, melalui program ini, banyak input yang dapat diambil dan sangat bermanfaat.
"Antara input yang saya dapat melalui pengucapan awam ini, kita perlu sentiasa fikir yang baik, bercakap yang baik, serta buat perkara yang baik untuk mendapat kehidupan yang diredhai Allah," katanya.
תגובות