Berbasikal Pupuk Kesedaran Mahasiswa USIM Pentingkan Kesihatan
- Nur Mudrikah Musa
- Jun 5, 2015
- 2 min read
NILAI- Biarpun sibuk menyiapkan pelbagai tugasan dan bergiat aktif dalam bidang kokurikulum, mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pernah mengabaikan kesihatan tubuh badan mereka.
Perkara ini dibuktikan dengan penglibatan mahasiswa USIM dalam aktiviti berbasikal.Sebelum memulakan aktiviti berbasikal,mereka perlu meminjam basikal yang disediakan oleh Pusat Sukan di Kompleks Sukan Tunku Najihah terlebih dahulu dengan hanya mendaftar nama dan memberi kad matrik mereka kepada staf yang bertugas di Pusat Sukan tersebut.
Kebiasaanya, mereka menyertai aktiviti berbasikal ini pada waktu petang bersama kawan-kawan mereka.Aktiviti berbasikal ini semakin digemari mahasiswa USIM dan menjadi aktiviti utama pelajar pada setiap petang.
Usaha mahasiswa dalam memupuk kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan perlu dipuji. Hal ini kerana, mereka mengambil satu inisiatif bagi memastikan kesihatan mereka terjaga.
Penjagaan kesihatan diri perlu dititik beratkan bagi mencegah pelbagai penyakit yang akan memudharatkan diri sendiri.Selain itu,kesedaran ini perlu dipupuk dari sekarang agar tidak menyesal di kemudian hari.
Menurut Noorlini Zulkifli,Exco Sukan Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, dia berpendapat bahawa pusat sukan USIM banyak mengadakan program yang melibatkan acara berbasikal.
“Setiap program yang dianjurkan melibatkan aktiviti berbasikal sangat mendapat sokongan yang padu daripada Naib Canselor sendiri iaitu Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad lebih-lebih lagi beliau amat berminat dengan sukan basikal ini. Hal ini sekali gus menarik minat mahasiswa untuk turut serta dalam program- program yang dianjurkan” ujarnya sewaktu di temu ramah.
Tambahnya lagi, aktiviti berbasikal dilihat mampu pergi lebih jauh kerana mahasiswa USIM sebenarnya sangat aktif bukan sahaja dalam bidang akademik,malah cemerlang kokurikulum
Menurut Siti Norzah Abdul Manap, pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama,selalunya aktiviti berbasikal ini dilakukan pada hari Rabu petang.
“Aktiviti berbasikal ini sangat bagus kerana ia boleh memantapkan stamina badan dan dapat menambahkan kenalan baru.”katanya lagi.
Menurut Nor Zafirah Idris, yang juga merupakan pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, alternatif Pusat Sukan dalam menyediakan basikal untuk pelajar USIM merupakan satu tindakan yang bijak untuk mahasiswa bersukan dan juga beriadah.
“Mereka juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat selain dapat mengeratkan ukhwah di kalangan mereka,” ujarnya lagi.
Kesimpulannya,sibuk dengan tugasan seharian bukanlah satu alasan terhadap mahasiswa bagi memastikan kesihatan mereka dalam keaadan baik.

Gambar sekadar hiasan.
留言