top of page
Search

Street Dakwah Mega: Beri kesan positif pada masyarakat

  • UMMI AIMAN MOHAMAD
  • Jun 5, 2015
  • 2 min read

IMG-20150605-WA0024sd.jpg

Afiq Farhan Mazlan, presiden SPMM USIM menyampaikan isu semasa kepada masyarakat.

Kuala Lumpur- Dalam memberi pendedahan dan kesedaran mengenai isu semasa yang berlaku di Mesir dan Rohingya, Sekteriat Pendakwah Muda Malaysia USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) mengambil peluang dengan menjayakan Street Dakwah Mega kepada masyarakat di Masjid India.

Syazwan Masduki selaku pengarah Street Dakwah Mega berkata, beliau menggunakan pendekatan yang lebih santai untuk mendekatkan diri kepada remaja supaya mereka berminat untuk sertai program sebegini.

Beliau juga turut menyatakan, beliau telah mewujudkan kumpulan street dakwah terlebih dahulu sebelum Street Dakwah Mega ini berlangsung dengan mengumpulkan peserta di dalam kumpulan whatsaap yang ditubuhkan bagi yang telah menyertai street dakwah di Nilai.

“ Kami juga turut menyelitkan sedikit tarikan sewaktu mengadakan street dakwah seperti persembahan nasyid, sembang santai dan lain-lain bagi menarik minat lebih ramai peserta menyertai kami,”tambhanya lagi.

Nur Hanisah Jamil, Timbalan Hal Ehwal Wanita (HELWA) SPMM membahaskan lagi tujuan Street Dakwah Mega ini diadakan adalah untuk mengetengahkan sistem mahkamah yang tidak adil dan berat sebelah mengenai isu Yusof Al-Qardhawi dan Dr Morsi yang bakal dijatuhkan hukuman mati disebabkan beberapa kesalahan yang telah mereka lakukan.

Isu yang berlaku di Rohingya pula apabila etnik Rohingya dinafikan keberadaan di negaranya sendiri. Jadi, kami turun kepda masyrakat untuk memberi maklumat, kerana ini bukan sahaja melibatkan agama tetapi turut melibatkan kemanusiaan apabila mereka dibakar, dirogol serta dibunuh.

“Oleh itu, kami bagi kesedaran mengenai isu ini supaya Malaysia cakna terhadap isu yang berada di luar,”tambahnya lagi.

Menurut Hanisah, respon yang diberikan oleh masyarkat sangat baik dan mereka menyokong isu yang dibawa dalam street dakwah ini. Ramai masyrakat yang menyokong dan menyatakan program sebegini sangat bagus.

“Beliau amat teruja dan terharu apabila pengunjung dari luar negara berhenti untuk mendengar apa yang kami sampaikan dan menyatakan perkara ini benar,” ujar beliau lagi.

Siti Amirah Atiqah Azman, mahasiswi tahun dua FSU (Fakulti Syariah dan Undang-Undang) selaku peserta dalam Street Dakwah Mega ini berkata, street dakwah patut diteruskan lagi kerana ia sangat bermanfaat kepada masyarakat.

Dengan adanya street dakwah ini, dapat member pendedahan kepada masyarakat tentang isu semasa dan ilmu pengetahuan kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak ambil pendekatan untuk membaca surat khabar.

“ Jadi street dakwah adalah satu medium untuk memberitahu kepada masyrakat tentang perkara-perkara penting , fardhu ain dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Menurut Amirah, street dakwah amat memberi kesan kepadanya kerana beliau dapat menambahkan lagi pengetahuan dan turut mengajarnya kemahiran untuk berdakwah kepada masyrakat di luar.

sd2.jpg

Sokongan yang padu dari mahasiswi USIM dalam isu yang dibawa oleh SPMM dalam Street Dakwah Mega.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page