Pelajar USIM pendebat terbaik bahasa Arab
- UMMI AIMAN MOHAMAD
- Jun 4, 2015
- 2 min read

Pendebat terbaik Malaysia, Anis Amirah, dua dari kiri, bersama barisan pendebat USIM.
Nilai- Pelajar Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pendebat terbaik dalam Kejuaraan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Qatar baru-baru ini.
Anis Amirah Zakaria, 22, muncul naib johan dalam kategori pendebat bukan penutur asli bahasa Arab dalam pertandingan edisi ketiga yang berlangsung di Qatar National Convention Centre.
Berkongsi rahsia bahasa Arab, Anis Amirah berkata amalan membaca al-Quran setiap hari sejak kecil sambil bersungguh-sungguh memahamin maksudnya amat membatunya mendalami bahasa itu.
“ Jangan pernah malu untuk melontarkan idea dan mestilah mula bergerak dari sekarang, tambahnya pula,”.
“Perasaan gementar untuk bertemu dengan penutur asli bahasa arab tidak dapat dinafikan tapi saya atasinya dengan menjadikan ia sebagai motivasi untuk saya berani berhadapan dan akhirnya saya berseronok untuk berbual serta berdebat dengan mereka,”.
Anis juga turut menyatakan, melalui debat arab ini ia boleh membantu memperbanyakkan lagi kosa kata arab dan secara tidak langsung membantu menggilap bahasa arab supaya ia menjadi lebih baik.
Antara kejayaannya dalam debat bahasa arab semasa di universiti, juara dalam Debat Maal Hijrah 2015 di UIA (Universiti Sains Islam Malaysia), tempat kedua, pendebat terbaik keseluruhan dalam Pertandingan Debat Diraja 2012, suku akhir dalam Debat Diraja tahun 2012 dan suku akhir dalam Debat Asean 2015.
Kejohanan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa selama empat empat hari itu disertai 67 pasukan dianggotai pendebat dari universiti terpilih dari negara Arab dan bukan Arab seperti Tunisia, Sudah, Kuwait, Yaman, Marocco, Amerika Syarikat, Korea, China, German, Australia, India, Pakistan, Perancis dan Poland.(BH 5MEI)

Barisan pendebat dari Malaysia, barisan hadapan pendebat dari USIM dan baris belakang barisan pendebat UM( Universiti Malaya).
Comentarios