top of page
Search

Karnival Warisan Negeri Dapat Sambutan

  • Hasima Hamlan
  • Jun 4, 2015
  • 2 min read

DSC07818.JPG

Encik Nasrul Hakimi ketika lawatan di salah satu booth warisan negeri.

NILAI- Warisan negeri dilihat semakin luput ditelan zaman. Justeru itu, satu inisiatif diambil oleh Sekretariat Rakan Muda (SRM) USIM bagi memperkenalkan kembali warisan negeri agar ia tidak dilupakan iaitu Karnival Warisan Negeri dan Aneka Rasa.

Menurut Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Nasrul Hakimi bin Nazmi, penganjuran karnival yang bertemakan "Inovasi Dijana, Warisan Dipelihara" sangat baik.

“Karnival yang dianjurkan oleh SRM USIM ini dilihat mampu mengukuhkan lagi ikatan antara mahasiswa walaupun dari latar belakang negeri yang berbeza,” katanya.

“Karnival ini juga dilihat dapat sambutan yang memberangsangkan dari setiap wakil negeri dengan usaha menyediakan juadah yang pelbagai melambangkan negeri mereka,” tambahnya.

Nasrul juga mencadangkan agar karnival yang diadakan pada 26 Mei, bertempat di Dewan Kuliah Utama serta Dataran Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) ini dapat dilaksanakan dengan lebih lama.

“Penganjuran karnival sebegini perlu dilaksanakan selama tiga hari kerana dilihat sangat menarik serta mempelbagaikan lagi juadah,” katanya.

Menurut pengarah program, Nur Zuhaira Binti Amiruddin, karnival ini merupakan penganjuran kali pertama ia diadakan dengan kerjasama Biro Kesenian Dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Program ini adalah ilham daripada International Food Festival yang diadakan pada tahun lepas, melibatkan semua mahasiswa dari negara luar dan mereka menghidangkan makanan yang pelbagai dari negara mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, karnival ini bertujuan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cintakan seni kebudayaan dalam Malaysia.

“Selain itu, memastikan budaya yang pelbagai di Malaysia tidak dilupakan serta mengekalkannya agar warisan ini dapat dikenali oleh generasi akan datang merupakan objektif yang ingin dicapai melalui penganjuran karnival warisan negeri dan aneka rasa,” tambahnya.

Di akhir ucapannya, beliau melahirkan hasrat agar program sebegini dapat diteruskan lagi.

“Saya harap karnival sebegini dapat dilaksanakan di masa akan datang kerana ia dilihat dapat memberi impak positif kepada peserta.”

Menurut Ummi Jannah Binti Hamzah, salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama , karnival ini membantu mahasiswa lebih mengenali warisan setiap negeri yang berbeza.

“Karnival ini juga membantu menerapkan kembali warisan yang makin dilupai oleh generasi sekarang,” katanya.

Kumpulan anak negeri dari Negeri Sembilan dan Sarawak turut membuat persembahan tarian kebudayaan negeri mereka ketika majlis perasmian penutup karnival ini iaitu Tarian Endang dan tarian tradisi Sarawak.

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page