Gajet: Ancaman Komunikasi
- Salwa Said
- Jun 4, 2015
- 1 min read

Mahasiswa dan gajet dalam kehidupan seharian -sekadar gambar hiasan
Marcapada, melalui perkembangan teknologi yang makin pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, pelbagai aplikasi dicipta untuk memudahkan mahasiswa belajar secara interaktif menggunakan internet.
Fenomena ini mempengaruhi semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar khususnya penuntut institusi pengajian tinggi.
Tanpa gajet, seperti buku riba dan telefon pintar, mereka seolah-olah dipulaukan kerana pada generasi Y ini, kebanyakan tugasan dimaklumkan melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan Instagram.
http://www.hmetro.com.my/node/47169
Saban hari anak-anak muda makin terdedah dengan kepesatan teknologi sehinggakan teknik komunikasi dalam kalangan mereka merosot. Bayangkan ketika menjamu selera, tangan mereka masih sibuk menekan kekunci telefon pintar untuk bertanyakan mengenai tugasan yang perlu diselesaikan ataupun sekadar bertanya khabar rakan-rakan.
http://www.utusan.com.my/rencana/menilai-kewajaran-menapis-internet-1.87975
Tidak dinafikan gajet memberi banyak impak positif terhadap semua lapisan masyarakat dalam mendapatkan maklumat dan isu-isu semasa, namun dalam masa yang sama, komunikasi secara langsung semakin luput ditelan arus globalisasi.
Hal ini amat mengkhuatirkan kerana tanpa komunikasi, ibu bapa tidak dapat memantau perkembangan anak-anak ketika di dalam kelas mahupun di luar kelas.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/remaja-ketagih-media-sosial-mudaratkan-kesihatan-mental-1.87558
Justeru, ibu bapa serta masyarakat perlu mengambil inisiatif dalam menyekat kebebasan anak-anak untuk menggunakan aplikasi pintar ini.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/internet-perlu-ditapis-dr-mahathir-1.84166
http://www.utusan.com.my/rencana/memastikan-alam-8232-siber-selamat-8232-untuk-anak-muda-1.94121
http://teknologi.metrotvnews.com/read/2015/05/20/127902/gawai-dan-daring-yang-meneror-anak-kita
Comments